Latar Belakang

Kampung Sri Fajar telah dibuka pada tahun 1968. Terletak di daerah Kuantan dibwah mukim Kuala Kuantan II. terdapat 2 buah kampung yang berhampiran iaitu Kampung Melayu Gambang dan juga perkampungan Orang Asli Batu 14, Jalan Gambang. Keluasan kampung termasuk kawasan kemudahan awam adalah seluas 2500 ekar.


Terdapat empat kaum yang mendiami Kampung Sri Fajar ini iaitu Melayu, Cina, India dan juga Orang Asli. dengan kepadatan penduduk seramai 1583 orang iaitu merangkumi sebanyak 190 keluarga dengan 170 buah rumah. Majoriti penduduk dikawasan ini bekerja di sektor perkilangan selain perkhidmatan awam/swasta, pertanian dan juga perniagaan.